Wednesday, September 20, 2006

Mimpi- berwarna atau hitam-putih?

.



Kita sering bermimpi. Namun apakah mimpi yang mendatangi kita berwarna atau hitam putih. Ini merupakan persoalan yang sering dilontarkan kepada umum. Namun mimpi adalah penting buat kita yang menandakan nyenyaknya tidur seseorang itu. Namun demikian kenyenyakan tidur di waktu subuh boleh melewatkan bangun seseorang itu untuk bersembahyang terutamanya mimpi yang sudah bersolat yang merupakan buaian syaitan. Sebilangan dari kita juga cuba mentafsirkan sesuatu mimpi terutamanya jika mimpi itu pelik atau berkaitan dengan sesuatu yang menguntung atau merugikan.

Dalam tidur kita, dibahagi kan kepada tidur REM(rapid eye movements) dan bukan REM(ada 4 stages). Waktu tidur REM lah kita sering bermimpi. waktu tidur bukan REM boleh juga kita bermimpi. Mengigau, berjalan waktu tidur dan kencing atas katil boleh berlaku dalam peringkat 4 tidur bukan REM.

Selamat bermimpi.

15 comments:

mynn said...

ooooooooooo so that's how you do a black and white picture :D thanks ikelah for a glimpse of your black and white world.

ps
i have dreamt in colour -- many times. :D

Ikelah said...

yang ni simple je

1. crop
2.grayscales
3. duotones-mono
4. levels to correct the brightness n contrast(not much in this)
5. sharpness
6. save
7. image size reduction and save

i could not remember mine whether its color or duo tones. ;)

Queen Of The House said...

So DR, how do we reduce the incidences of non-desirable happenings during the non REM sleep? Thinking of one of my sons yang selalu terkencing semasa dlm keadaan antara jaga & tidak tu.

Anonymous said...

LOL reading QOH's question ....

thanks for sharing ikelah, i didnt know about greyscales and duotones before ... something i have to read up on.

Ikelah said...

eerrrr.... causes dia banyak tetapi most of them unknown with no secondary cause. linked factors includes:

1. small bladder size
2. infection
3. constipation leading to leakage of urine
4. diet - lots of water before going to bed, citrus fruits, chocolates, dairy products, coffee, tea
5.heavy sleeping - usually not lone factor
6. psychological - stress and yang penting
7. inherited - children whose parents used to wet their bed are more likely to do so themself. ;)

most will resolve after the age of six.

treatment... macam macam... ada yang guna alarm, bila kencing alarm akan berbunyi.

they had use anticholinergic before. effectiveness varies. contoh ubat sakit perut/ antispasmodic seperti probantaheline(available in our market).

maybe other can help.

pycnogenol said...

Saya jarang bermimpi, atau mungkin juga saya bermimpi, tapi terlupa mimpi tersebut dan menyangka bahawa saya jarang bermimpi.

Yang pasti nya, saya ni jenis tidur-tidur ayam. Cepat sekali terjaga. Saya lah orang pertama di rumah yang bangun setiap pagi. Rakan-rakan blog yang lama sudah pasti masih ingat bagaimana saya lah juga orang yang mengejutkan setiap ahli keluarga untuk bersahur di bulan puasa. Bahkan saya tidak perlu untuk set alarm. Kalau ada peristiwa penting keesokan hari, lagi lah akan menyebabkan saya kurang nyenyak tidur. Apa lagi kalau tidur di rumah orang.

Saya seringkali geram melihat orang yang senang tidur, dan boleh tidur dengan nyenyak sekali. And, in my household, that would be EVERYBODY!!
So you see, my '3 hari 2 malam' can sometimes be for the sole reason of wanting to be all by myself, so that I can sleep if and when I like, uninterrupted.

So, how?

Anonymous said...

dr ikelah

saya tidak pernah cukup tidur.paling lama 3 jam. jika lebih daripada itu, saya akan mula rasa pening & loya.

peliknya dalam tempoh yg agak singkat itu, saya masih boleh bermimpi. cuma terasa rugi sekali (bila bab mimpi yg indah2), tak pernah ada endingnya... hehehe

Queen Of The House said...

Yang No 7 tu .... definitely not inherited from me!!!

My son knows, though, that if he dreams of waterfalls and such, he'd better wake up quick ....

Anonymous said...

Queen jangan marah pada saya ye....tapi pada kebiasaan nya, orang yang k**t*t dalam kereta, dialah juga orang pertama 'declare' bahawa bukan dia yang k**t*t

Apa kata King?

Ikelah said...

pycno
peringkat pertama tidur bukan REM juga boleh membuahkan mimpi.
tidur yang kurang nyenyak dipengaruhi oleh banyak faktor. penyebab lumrah ada adalah jenis makanan yang di makan, makan banyak sejurus sebelum tidur atau pun suasana tempat tidur yang 'terganggu'.

antara 'gangguan' yang boleh menyebabkan tidur kurang nyenyak adalah set komputer, television dan lain-lain di bilik tidur. antara makanan yang boleh mengganggu nyenyaknya tidur adalah makannan yang mengandungi kafein dan lain-lain stimulan.

kebiasaan dalam bangun awal akan menyebabkan biological clock kita mengejut kita dari tidur apabila sampai waktunya. namun begitu, saya yakin jika kita ingin melakukan sesuatu yang baik dengan bersungguh-sungguh, kita akan digerakkan dengan izin Allah.

azahar

tidur-tidur ayam adalh mirip sir winston churchill yang tidur kurang nyenyak. beliau kurang tidur sewaktu menjawat jawatan PM england. jika dalam kpala kita dipenuhi dengan pemikiran atau adea yang aktif, tidur akan terganggu.

tndakan/sikap diri dalam mimpi pada hemat saya, ia berkaitan dengan keperibadian kita. misalnya seseorang yang baik tidak akan membunuh tak tentu pasal walaupun dalam mimpi kerana kekuatan hati akan memandu tindakan seseorang itu.

mimpi yang indah.... siapa yang tak nak berterusan tetapi masalahnya selalu waktu subuh yang sememangnya dodoian syaitan.

QOTH
insyaAllah bukan. ;) kalau tidak kena berenang KOTH.

ramai yang mengatakan mereka ke bilik air, mereka cubit diri nak pastikan sakit dan ianya bukan mimpi namun terpaksa juga dijemur tilam keesokan harinya.

anon
"orang yang k**t*t dalam kereta" tu apa. maaf saya tak dapat maksud saudara. namun terimakasih atas pandangan yang menarik. ;)

Queen Of The House said...

Oh but the same son yang terk**cing masa tidur will always mengaku bila dia terk**t*t dalam kereta .... dapatlah mak bapa dia buka tingkap ke, sunroof ke :-)

:-0

Anonymous said...

cuma dr ikelah, dari segi perubatan, mengapa saya akan rasa pening & loya bila terlebih tidur sedangkan jka diikutkan tidur 3 jam itu sememangnya tidak cukup?

Anonymous said...

Ikelah, saya cuma megusik QOTH, sebab dia terlalu cepat mengatakan: "Yang No 7 tu .... definitely not inherited from me!!!"

Lantas saya megajukan soalan sama pada King, bagi mendapatkan kepastian. ;)

Selamat menyambut Ramadhan everyone!!

Ikelah said...

QOTH
kesihan dia. hope he will get through his problems. i have tried using probanteline before, to be taken at night, it did work in some cases.

azahar
setiap individu bervariasi dan unik. mungkin purata dikatakan minimum tidur 4 jam tetapi bagi saudara 3 jam sudah memadai. kadang-kala ada juga mereka yang tidur ringan dan beranggapan mereka tidak tidur tetapi sebenarnya tidak. tidur melebihi tidur biasa kita memang boleh menyebabkan sakit kepala, pening, rasa tidak sihat dan loya, begitu juga jika tidak cukup tidur.

anon
i guess we all know u bergurau.
Namun fakto 7 tersebut tidak boleh diketepikan juga. ;)

Queen Of The House said...

Anon ... yes lah I pun tahu you bergurau. tapi nanti saya tanya KOTH :-)

I too get by on very little sleep ... maybe an average of 4-5 hours. Kalau tidur terlebih, or tidur siang, rasa sembab semacam.