Tuesday, November 07, 2006
Berhari raya dan pengalaman seram
Alhamdulillah, pada malam Ahad yang lalu, kami dapat bersama sebahagian dari keluarga yang di Kuantan untuk makan malam setelah berjaya berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal. Pada malam tersebut kami cuma menjemput bapa dan ibu saudara sahaja kerana pada keesokan harinya jemputan dikhaskan kepada bapa dan adik beradik. Ini adalh kerana kemampuan kami yang terhad.
Masakannya biasa saja. Nasi putih lauk asam tumis ikan parang, sayur lemak cili padi, ikan keli goreng, ayam goreng berempah dan ulam jambu golok. Kami menyediakan pudin dan teh sebagai pencuci mulut.
Tidaklah aku tahu apa yang dibualkan oleh DITH bersama ibu saudaraku kerana kami duduk agak jauh di bahagian ruang tamu sedangkan mereka masih menikmati saki-baki lauk sambil berbual.
Kami bercakap perihal negara, politk semasa, bahasa dan budaya, kerjaya dan akhirnya pengalaman seram kami.
Ayah CIk bercerita, "saya masih ingat lagi ayah saya cerita masa kecik-kecik dulu yang Bukit Genting dekat Paya Pasir ada hantu. Kawe masa tu kecik lagi dan tidur di kerusi belakang kereta. Tokki(Arwah datukku) kate, masa dia lalu, dia nampok perempuan baju putih menahan kereta. Mana ada rumah orng dekat situ. Masa zaman enam puluhan jalan sempit dan kereta tak banyak bila malam."
Bapa saudara yang seorang lagi mengisahkan beberapa bulan yang lalu sewaktu beliau balik ke Kuantan dari Kuala Lumpur, "masa tu jam 4 pagi dan saya dah nak sampai Paya Bungor dekat dengan kampung orang asli tiba-tiba selepas selekoh saya nampak ada orang berambut panjang berwarna putih berhenjut-henjut setempat di tengah jalan. Pak Itam tak nampak muka dan kaki dia walaupun disuluh dengan lampu kereta."
Beliau terus lalu tanpa memperdulikan lembaga tersebut. Pada pagi tersebut selepas meninggalkan pekan Sri Jaya, beliau merasa mengantuk dan kemudian tiba-tiba seram sebelum pertemuan yang menakutkan itu.
Tiba-tiba mak saudaraku menyampuk, " Mi tau tak highway baru tu banyak hantu? Kawan mak Itam cerita, ada kawan pejabat dia dari KL nak ke KT singgoh kat gerai R&R sebelum Gambang malam sebelum di sampai ke KT. Dia kata sedap mi kat situ. Kawan dia sampuk, mana bukak lagi tempat tu! Dalam perjalanan balik ke KL, dia singgohlah kat R&R tu. Beriya dia 'cross' jalan nak ke gerai tu. Memang kosong dan duit dia bayor masih ada kat situ. He he he.... apa dia makan agoknye!"
"Memang berhantu highway baru tu. Tahun lepas kawan Teh ada kena kacau masa dia dari Gambang ke Bkt Goh. Dia nak balik ke Kg. Tiram, Indera Mahkota." Aku menambah.
Adik kepada jiran ayahku berkawan dengan P5. Dia memandu BMW 3 series dan suka memandu laju. Beliau bekerja di KL dan pulang ke Kuantan untuk menemui keluarga pada hujung minggu. Pada hari tersebut beliau bertolak agak lewat kerana kerja yang banyak. Beliau melalui exit Gambang lewat jam 12.00 tengah malam dengan kelajuan mencecah 200km sejam. Selepas beberapa lama dan beliau sedar yang perjalannya masih tak sampai-sampai. Kebiasaannya belioau mengambil masa tidak sampai 10 minit untuk sampai ke Tol Bkt Goh. Barulah disedarinya yang di luar kereta kegelapan, tiada sebarang cahaya atau kereta yang berselisih. Beliau terus memberhentikan kereta, membongkok tunduk sambil memejam mata dan terus melaungkan adzan sekuat hati. Selepas adzan dan membuka mata, baru didapati cahaya kelihatan dan beliau masih di lebuhraya. Beliau sampai dengan selamat di rumah untuk menceritakan pengalamannya.
Ada banyak lagi cerita seram termasuk yang dialami oleh aku sendiri tetapi biarlah ia menjadi pengalaman dan pengajaran bahawa bukan kita shaja yang menghuni dunia ini. Jin yang dijadikan dari api berkongsi dunia dengan kita. Iblis dan syaitan dari masa ke semasa terus mengganggu kita.
Ketakutan yang amat sangat dengan asas agama yang lemah boleh menyimpang diri seseorang dari kebenaran. Allah telah mengingatkan kita bahawa makhluk ini tidak lebih kekuatannya dari kita, cuma kita manusia mudah berasa takut dan tidak beramal dengan bekalan yang dianugerahkan iaitu Al Quranulkarim. Jesteru itu, ramai yang meminta bantuan serta pertolongan dengan cara yang salah dan boleh menyesatkan.
Setelah sebualan berpuasa dan beramal membina kekuatan, marilah kita meneruskan usaha ini agar menjadi insan yang hanya takut pada Allah, pencipta sekelian alam. Wallahi 'alam.
Tuesday, October 31, 2006
Bergema Takbir Raya
Rendang yang disediakan untuk santapan keluarga
di malam dan pagi Hari Raya.
Syawal kali ini amat bermakna buatku. Ianya dipenuhi dengan kemesraan, kasih sayang, kerinduan, persahabatan, kegembiraan dan duka. Tahun ini aku berpeluang mengenali mereka yang sealiran fikirnya denganku, berkongsi pengalaman dalam mengharungi liku-liku perjalanan di dunia yang fana ini.
AKu bersyukur, dapat bertemu kaum keluarga, sanak saudara, bertukar lawak-jenaka dalam usaha mengiratkan silaurrahim, saling faham memahami yang membibitkan rasa kasih yang lebih mendalam, kemesraan dan kerasian.
Aku dapat mencium tangan bapaku sambil memohon keampunan, bermaaf-maafan sesama sanak saudara, bersama berkongsi kegembiraan di pagi syawal dengan laungan takbir raya bergema menusuk kalbu, mengingatkan ummat perihal musuh-musuh Islam. Di pagi raya, ada yang menitiskan air mata kegembiraan dan ada yang mengeluarkan air mata berduka.
Sebagai 'Khalifatullah', perjalanan di dunia ini tidak sentiasa mudah. Kegembiraan tidak akan kekal. Dugaan mendatangi untuk membezakan mereka yang disebut golongan yang sabar serta berserah diri daripada mereka yang alpa dengan kesenangan dan keindahan duniawi. Cabaran demi cabaran didatangkan untuk menguji sejauh mana manusia berpegang dengan ikrar khalifahnya. Rintangan yang berupa kesenangan dan kemudaratan boleh mengikis keImanan dan ketaqwaan mereka. Ramai yang lalai dibelai syaitan sehingga tidak berupaya memikul tanggung-jawab insaniah dan tunduk kepada Yang Maha Esa.
Bergemanya takbir raya, berkumandangnya laungan "Allahu Akbar, Allahu Akbar" mengingatkan kita tentang kebesarah Illahi. Ia memperingatkan perihal perjuangan yang belum selesai. Perjuangan dalam menghadapi tipu helah syaitan dalam pelbagai bentuk termasuk melalui 'alkafirun' dan 'tentera ahzab.'
Justeru itu, dalam kegembiraan serta merayakan keupayaan melengkapkan puasa, perlulah kita menginsafi diri dan bersyukur atas nikmat yang telah Dia anugerahkan; keluarga yang soleh, hati yang tenang, kemewahan yang tidak melalaikan, ilmu yang berguna, kesihatan yang bermanfaat, sahabat andai yang bertaqwa, Taufik dan HidayahNya serta keImanan hingga ke akhir hayat.
Bersederhana, 'bermuhasabah', 'bermurakabah' dan ini akan melahirkan perasaan betapa kerdilnya diri seseorang insan berbanding dengan 'zat' Allah swt. Yang Maha Kaya.
Inilah Ramadhanku bersama keluarga dan sanak saudara, menumpang suka, berkongsi berduka. Namun ianya kami terima dengan penuh keredaan kerana sesungguhnya kemenangan adalah bagi mereka yang redha dengan ketetapan Allah dan Allah redha atas diri mereka. Wallau 'alam.
Sunday, October 22, 2006
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin kami sekeluarga ucapkan. Semoga Allah memberi Rahmat dan memberkati kita semua. Ramadhan akan berlalu dan Syawal akan menjelang. Apakah akan kita bertemu lagi Ramadhan yang akan datang, hanya Allah yang tahu. Semoga usaha keci kital diterimaNya serta dimasukkan kita dalam golongan orang-orang yang bertaqwa dan diredaiNya.
Bekelah retreat-dikemaskan
Iftar
We had iftar at KKL's place. Food prepared by KKL and OK.
The names of the dish? you have to ask them. It was delicious and we would like to thank them with "terima kasih daun keladi, nanti jemput kami lagi" Masakan dia Middle East/1/3 east.
Below our home dish a few days earlier
Thursday, October 05, 2006
Bubur Lambuk Pelindung Pantai
At suterabeach resort Kota KinabaluIt was taken about 4 years ago using Sony 717
QOTH requested for bahan bubur lambuk. This is my own recipe based on eating my late grandmother's bubur lambuk. Tak sedap minta maaf. Saya tak ada gambar bubur lambuk sebab tak terfikir nak ambik kerana nak cepat memasak dan gambar di atas tidak ada kena mengena dengan bubur lambuk.
Bahan bubur Lambuk
1 Beras 3 put kecil
3. Bawang Putih 10 ulas potong or blend
4. Halia 2 inci ketuk
5. Lengkuas 2 inci ketuk
6. Isi Ikan kerisi/kembong/selayang bakar 3 ekor , lagi banyak lagi sedap
atau ikan bilis 1 cawan tumbuk/blend
7. Isi Ayam cincang 200 gm
8. Isi ikan kering (ikan talang) 100-200 gm baker dan blend
9. Udang kering 100 gm blend/tumbuk
10. Pucuk paku merah 2 ikat siat/potong kasar
11. Daun kunyit 2 helai besar siat/potong kasar
12. Daun Kadok 6 helai siat/potong kasar
13. Daun kesom 30 sen siat/potong kasar
14. Daun keledek/pucuk manis/selasih 30 sen siat/potong kasar
15. Santan pekat 1/2 kg kelapa
16. Asam keping 6 keping
17. Serai 2 batang
18 Serbuk Lada hitam kasar 2 ½ sudu – 3 sudu mengikut selera kepanasan
19 Garam +-
20 Gula pasir 3 sudu
21 All spice ½ camca
Kaedah
Tanak nasi dengan air berlebihan.
Bila nasi dah kembang, masukkan bawang-bawang, halia, lengkuas, serai, asam keeping, ayam cincang. Biar 5 minit, kemudian masukkan pucuk paku, daun kesom, daun kunyit, daun kadok, daun keledek. After 10 min, masukkan sisi ikankering, isi ikan baker, serbuk lada hitam, santan, gula pasir, garam dan apa jua yang ada. Dah agak likat dan daun dah layu, masukkan santan pekat. Tambah garam jika perlu dan tutup api selepas 10 minit. Jangka masa masak 1 ½ - 2 jam api kecil.
Saturday, September 30, 2006
Ramadhanku
Ramadhan sangat bermakna pada diriku. Dua anak yang pertamaku lahir menjelang Ramadhan iaitu 27 dan 4 Syaaban dan anak yang ketiga pada 1 Ramadhan sewaktu peperiksaan professional terakhir kami.
Mengimbau kembali 40 tahun yang lalu, Ramadhan sangatlah aku takuti. Di bulan inilah aku terpaksa menahan lapar dan dahaga sewaktu berumur 5 tahun. Aku cuma dapat bertahan berpuasa penuh selama 6 hari sahaja. Pada tahun berikutnya meninggalkan 6 hari dan aku tidak ada masalah pada tahun-tahun berikutnya.
Setiap bermula minggu kedua Ramadhan, aku akan mula gelisah dan tertekan. Begitu juga dengan bapa saudara yang sebaya denganku. Bapa saudaraku Pak Min yang sekarang merupakan seorang doktor hanya satu tahun tua dari ku tinggal dengan kami. Begitu juga dengan Pak Man yang tiga tahun lebih tua. Mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris yang tiada di kampung. Arwah ibuku akan mula membuat kueh raya yang pelbagai jenis pada minggu tersebut. Mak Su, ibu saudaraku yang kira-kira tujuh tahun lebih tua, bersekolah dan turut tinggal bersama akan menjadi pembantu utama. Peranan utama kami ialah menyediakan adunan untuk kek atau biskut.
Antara adunan asas yangku ingat ialah bancuhan butter dengan merah telur yang perlu dipukul selama 15-30 minit berterusan tanpa berhenti . Piawaian ini adalah untuk mengelak adunan menjadi 'bentan' dan menyebabkan biskut atau kek menjadi kurang sedap. Ia perlu dipukul sehingga berbuih-buih lembut dan naik gebu. Aktiviti inilah yang paling aku takuti kerana ia melengohkan dan kami terpaksa mendengar leteran arwah jika kelajuan memukul tidak sekata. Namun begitu di sebelah malam selepas berbuka, kami akan ditawarkan biskut-biskut yang agak cacat bentuknya atau terlebih bakar(kerja mak saudaraku dan adik perempuanku). Aktiviti ini berulangan saban tahun sehingga aku pergi bersekolah di sekolah berasrama penuh dan digantikan oleh adik lelakiku. Beliau menjadi pakar memukul adunan sehingga mencecah kaki ke universiti. Inilah rahsia kesedapan biskut yang dipukul secara manual berbanding dengan mesin yang diputarkan 2-3 minit cuma untuk menghancur dan mensebatikan adunan.
Sewaktu bersekolah asrama, Ramadhan mula membawa pengertian yang lebih dan menarik. Pelajar dipaksa sembahyang tarawikh sebanyak 20 rakaat. Pada peringkat awal sememangnya a melengohkan tetapi ia kemudiannya menjadi suatu yang ditunggu-tunggu. Di sinilah aku mula belajar berselawat tarawih, bertambah kuat berpuasa sehingga bersukan di waktu petang pun tidak meletihkan, makan secara sederhana dan mula meringankan sahur dengan cukup meminum air kosong serta sebotol susu magnolia cokelat atau strawberry yang disediakan oleh pihak asrama(makanan disediakan juga). Kami berwirid, bertadarus dan mendengar tazkirah Ramadhan. Sewaktu di sekolah rendah ibu-bapaku yang tegas dalam mendidik kerap memastikan agar kami sembahyang dan berpuasa tetapi di sekolah menengah saya mula mengerti menghadirkan diri dalam sembahyang dan menikmati berpuasa.
Ramadhan datang serta berlalu dan mula menjadi bulan yang dinanti-nantikan. Perubahan sosio-ekonomi masyarakat Melayu mengwujudnya pasar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah dan makanan untuk berbuka puasa. Masyarakat Islam di Malaysia mengalami perubahan sosial yang sangat ketara dengan banyaknya kedai-kedai makan dibuka. Ia sedikit sebanyak membuahkan satu budaya makan yang kurang sihat dengan pembaziran dan nafsu ingin mencuba segalanya. Sifat bersederhana dan kurang berbelanja di luar dalam makan terhakis sedikit demi sedikit. Pasar Ramadhan menjadi medan rebutan membeli lauk-pauk buat mereka yang kelaparan.
Aku turut tidak terlepas dari ingin mencuba itu dan ini terutamanya murtabak sewaktu bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun sifatku yang tidak suka berebut, beratur panjang berada ditempat yang penuh sesak menghindariku dari mendekati tempat yang sedemikian. Namun kadang-kala terpaksa juga kuharungi kesesakan manusia untuk melepasi hajat anak isteriku.
Kini, bukan Ramadhan saja yang ku tunggu. Aku turut menunggu Muharram, Rabiul Awal, Rejab dan Syaaban. Aku menunggu sesuatu yang bererti buat diri dan keluargaku.














