Saturday, September 30, 2006

Ramadhanku

Kueh tako(dibeli)

Ramadhan sangat bermakna pada diriku. Dua anak yang pertamaku lahir menjelang Ramadhan iaitu 27 dan 4 Syaaban dan anak yang ketiga pada 1 Ramadhan sewaktu peperiksaan professional terakhir kami.

Mengimbau kembali 40 tahun yang lalu, Ramadhan sangatlah aku takuti. Di bulan inilah aku terpaksa menahan lapar dan dahaga sewaktu berumur 5 tahun. Aku cuma dapat bertahan berpuasa penuh selama 6 hari sahaja. Pada tahun berikutnya meninggalkan 6 hari dan aku tidak ada masalah pada tahun-tahun berikutnya.

Setiap bermula minggu kedua Ramadhan, aku akan mula gelisah dan tertekan. Begitu juga dengan bapa saudara yang sebaya denganku. Bapa saudaraku Pak Min yang sekarang merupakan seorang doktor hanya satu tahun tua dari ku tinggal dengan kami. Begitu juga dengan Pak Man yang tiga tahun lebih tua. Mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris yang tiada di kampung. Arwah ibuku akan mula membuat kueh raya yang pelbagai jenis pada minggu tersebut. Mak Su, ibu saudaraku yang kira-kira tujuh tahun lebih tua, bersekolah dan turut tinggal bersama akan menjadi pembantu utama. Peranan utama kami ialah menyediakan adunan untuk kek atau biskut.

Antara adunan asas yangku ingat ialah bancuhan butter dengan merah telur yang perlu dipukul selama 15-30 minit berterusan tanpa berhenti . Piawaian ini adalah untuk mengelak adunan menjadi 'bentan' dan menyebabkan biskut atau kek menjadi kurang sedap. Ia perlu dipukul sehingga berbuih-buih lembut dan naik gebu. Aktiviti inilah yang paling aku takuti kerana ia melengohkan dan kami terpaksa mendengar leteran arwah jika kelajuan memukul tidak sekata. Namun begitu di sebelah malam selepas berbuka, kami akan ditawarkan biskut-biskut yang agak cacat bentuknya atau terlebih bakar(kerja mak saudaraku dan adik perempuanku). Aktiviti ini berulangan saban tahun sehingga aku pergi bersekolah di sekolah berasrama penuh dan digantikan oleh adik lelakiku. Beliau menjadi pakar memukul adunan sehingga mencecah kaki ke universiti. Inilah rahsia kesedapan biskut yang dipukul secara manual berbanding dengan mesin yang diputarkan 2-3 minit cuma untuk menghancur dan mensebatikan adunan.


IKan Temelian masak asam pedes(masakan bapaku)


Sewaktu bersekolah asrama, Ramadhan mula membawa pengertian yang lebih dan menarik. Pelajar dipaksa sembahyang tarawikh sebanyak 20 rakaat. Pada peringkat awal sememangnya a melengohkan tetapi ia kemudiannya menjadi suatu yang ditunggu-tunggu. Di sinilah aku mula belajar berselawat tarawih, bertambah kuat berpuasa sehingga bersukan di waktu petang pun tidak meletihkan, makan secara sederhana dan mula meringankan sahur dengan cukup meminum air kosong serta sebotol susu magnolia cokelat atau strawberry yang disediakan oleh pihak asrama(makanan disediakan juga). Kami berwirid, bertadarus dan mendengar tazkirah Ramadhan. Sewaktu di sekolah rendah ibu-bapaku yang tegas dalam mendidik kerap memastikan agar kami sembahyang dan berpuasa tetapi di sekolah menengah saya mula mengerti menghadirkan diri dalam sembahyang dan menikmati berpuasa.

Ikan keli bakar


Ramadhan datang serta berlalu dan mula menjadi bulan yang dinanti-nantikan. Perubahan sosio-ekonomi masyarakat Melayu mengwujudnya pasar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah dan makanan untuk berbuka puasa. Masyarakat Islam di Malaysia mengalami perubahan sosial yang sangat ketara dengan banyaknya kedai-kedai makan dibuka. Ia sedikit sebanyak membuahkan satu budaya makan yang kurang sihat dengan pembaziran dan nafsu ingin mencuba segalanya. Sifat bersederhana dan kurang berbelanja di luar dalam makan terhakis sedikit demi sedikit. Pasar Ramadhan menjadi medan rebutan membeli lauk-pauk buat mereka yang kelaparan.

Dalca tulang belakang sapi muda


Aku turut tidak terlepas dari ingin mencuba itu dan ini terutamanya murtabak sewaktu bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun sifatku yang tidak suka berebut, beratur panjang berada ditempat yang penuh sesak menghindariku dari mendekati tempat yang sedemikian. Namun kadang-kala terpaksa juga kuharungi kesesakan manusia untuk melepasi hajat anak isteriku.

Celebrating P5 Birthday(1 October)
keropok, hot drinks and lots of ais kosong


Kini, bukan Ramadhan saja yang ku tunggu. Aku turut menunggu Muharram, Rabiul Awal, Rejab dan Syaaban. Aku menunggu sesuatu yang bererti buat diri dan keluargaku.

Friday, September 22, 2006

It had been a while

.


Di hadapan rumah kami

Cuaca di Kuantan kurang baik dengan suasana yang redup dan seolah-olah berjerebu dalam masa 2 bulan kebelakangan ini. Keadaan berubah 4 hari yang lalu dan saya berpeluang untuk mengambil beberapa gambar walaupun waktu yang terbaiknya terlepas.


Di Satu Pagi dekat rumah kami


3 days before leaving for Kuala Lumpur, we went trekking at the Bekelah Waterfall. Jerangkang and Bekelah streams originate from the same source that is Gunung Serundum and its 2 sisters. We walked and climbed for about 2 hours before settling ourselves, taking a dip in the cold mountain water. We brought along nasi dagang and cakoi which was unfortunately not enough for our hungry stomach. Trekking back was fast as it was going downhill. However we had to be extra careful as it rained the previous night making the rocks and the path slippery. It was a thrilling experience, away from the busy city with the greens and clear cold water to ease the stress and aching muscles.


One of the pools we had visited a week earlier


Maman cooling himself at Bekelah


Momad having a good time exploring the rocks


It had just been 3 weeks the girls had gone back to Volgagrad and I felt like it had been 3 months. As for me, time is running slow at the moment. We sent Momad to his college 2 weeks ago and that was when we got lost to Kuala Kerling. I had nothing much to write, just missing my daughters and son. May Allah give them Guidance, protection and His Blessings.


Bersedia untuk ke Kuala Lumpur- barang-barang siapa ye?
(kerusi terpaksa dilipat)


Pagi di KLIA


Petang di KLIA

Wednesday, September 20, 2006

Mimpi- berwarna atau hitam-putih?

.



Kita sering bermimpi. Namun apakah mimpi yang mendatangi kita berwarna atau hitam putih. Ini merupakan persoalan yang sering dilontarkan kepada umum. Namun mimpi adalah penting buat kita yang menandakan nyenyaknya tidur seseorang itu. Namun demikian kenyenyakan tidur di waktu subuh boleh melewatkan bangun seseorang itu untuk bersembahyang terutamanya mimpi yang sudah bersolat yang merupakan buaian syaitan. Sebilangan dari kita juga cuba mentafsirkan sesuatu mimpi terutamanya jika mimpi itu pelik atau berkaitan dengan sesuatu yang menguntung atau merugikan.

Dalam tidur kita, dibahagi kan kepada tidur REM(rapid eye movements) dan bukan REM(ada 4 stages). Waktu tidur REM lah kita sering bermimpi. waktu tidur bukan REM boleh juga kita bermimpi. Mengigau, berjalan waktu tidur dan kencing atas katil boleh berlaku dalam peringkat 4 tidur bukan REM.

Selamat bermimpi.

Sunday, September 10, 2006


Bersama


Aku berterima kasih,
kasih antara dua insan,
menerima dan memberi,
berkongsi satu kehidupan,
bersama,

bergelut menempoh badai,
tiupan angin bukan sentiasa membelai,
menghadapi segala kepayahan,
menikmati kebahgiaan,
bersama,

Aku menerima kasih,
cahaya mata pelembut jiwa,
pengorbananmu tidak bisa dikira,
saat kesukaran,
bersama,

di dunia yang fana,
bersifat sementara,
datang dan pergi,
padaNya dipohon doa,
bersama.