Saturday, September 30, 2006

Ramadhanku

Kueh tako(dibeli)

Ramadhan sangat bermakna pada diriku. Dua anak yang pertamaku lahir menjelang Ramadhan iaitu 27 dan 4 Syaaban dan anak yang ketiga pada 1 Ramadhan sewaktu peperiksaan professional terakhir kami.

Mengimbau kembali 40 tahun yang lalu, Ramadhan sangatlah aku takuti. Di bulan inilah aku terpaksa menahan lapar dan dahaga sewaktu berumur 5 tahun. Aku cuma dapat bertahan berpuasa penuh selama 6 hari sahaja. Pada tahun berikutnya meninggalkan 6 hari dan aku tidak ada masalah pada tahun-tahun berikutnya.

Setiap bermula minggu kedua Ramadhan, aku akan mula gelisah dan tertekan. Begitu juga dengan bapa saudara yang sebaya denganku. Bapa saudaraku Pak Min yang sekarang merupakan seorang doktor hanya satu tahun tua dari ku tinggal dengan kami. Begitu juga dengan Pak Man yang tiga tahun lebih tua. Mereka bersekolah di sekolah aliran Inggeris yang tiada di kampung. Arwah ibuku akan mula membuat kueh raya yang pelbagai jenis pada minggu tersebut. Mak Su, ibu saudaraku yang kira-kira tujuh tahun lebih tua, bersekolah dan turut tinggal bersama akan menjadi pembantu utama. Peranan utama kami ialah menyediakan adunan untuk kek atau biskut.

Antara adunan asas yangku ingat ialah bancuhan butter dengan merah telur yang perlu dipukul selama 15-30 minit berterusan tanpa berhenti . Piawaian ini adalah untuk mengelak adunan menjadi 'bentan' dan menyebabkan biskut atau kek menjadi kurang sedap. Ia perlu dipukul sehingga berbuih-buih lembut dan naik gebu. Aktiviti inilah yang paling aku takuti kerana ia melengohkan dan kami terpaksa mendengar leteran arwah jika kelajuan memukul tidak sekata. Namun begitu di sebelah malam selepas berbuka, kami akan ditawarkan biskut-biskut yang agak cacat bentuknya atau terlebih bakar(kerja mak saudaraku dan adik perempuanku). Aktiviti ini berulangan saban tahun sehingga aku pergi bersekolah di sekolah berasrama penuh dan digantikan oleh adik lelakiku. Beliau menjadi pakar memukul adunan sehingga mencecah kaki ke universiti. Inilah rahsia kesedapan biskut yang dipukul secara manual berbanding dengan mesin yang diputarkan 2-3 minit cuma untuk menghancur dan mensebatikan adunan.


IKan Temelian masak asam pedes(masakan bapaku)


Sewaktu bersekolah asrama, Ramadhan mula membawa pengertian yang lebih dan menarik. Pelajar dipaksa sembahyang tarawikh sebanyak 20 rakaat. Pada peringkat awal sememangnya a melengohkan tetapi ia kemudiannya menjadi suatu yang ditunggu-tunggu. Di sinilah aku mula belajar berselawat tarawih, bertambah kuat berpuasa sehingga bersukan di waktu petang pun tidak meletihkan, makan secara sederhana dan mula meringankan sahur dengan cukup meminum air kosong serta sebotol susu magnolia cokelat atau strawberry yang disediakan oleh pihak asrama(makanan disediakan juga). Kami berwirid, bertadarus dan mendengar tazkirah Ramadhan. Sewaktu di sekolah rendah ibu-bapaku yang tegas dalam mendidik kerap memastikan agar kami sembahyang dan berpuasa tetapi di sekolah menengah saya mula mengerti menghadirkan diri dalam sembahyang dan menikmati berpuasa.

Ikan keli bakar


Ramadhan datang serta berlalu dan mula menjadi bulan yang dinanti-nantikan. Perubahan sosio-ekonomi masyarakat Melayu mengwujudnya pasar Ramadhan yang menjual pelbagai juadah dan makanan untuk berbuka puasa. Masyarakat Islam di Malaysia mengalami perubahan sosial yang sangat ketara dengan banyaknya kedai-kedai makan dibuka. Ia sedikit sebanyak membuahkan satu budaya makan yang kurang sihat dengan pembaziran dan nafsu ingin mencuba segalanya. Sifat bersederhana dan kurang berbelanja di luar dalam makan terhakis sedikit demi sedikit. Pasar Ramadhan menjadi medan rebutan membeli lauk-pauk buat mereka yang kelaparan.

Dalca tulang belakang sapi muda


Aku turut tidak terlepas dari ingin mencuba itu dan ini terutamanya murtabak sewaktu bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun sifatku yang tidak suka berebut, beratur panjang berada ditempat yang penuh sesak menghindariku dari mendekati tempat yang sedemikian. Namun kadang-kala terpaksa juga kuharungi kesesakan manusia untuk melepasi hajat anak isteriku.

Celebrating P5 Birthday(1 October)
keropok, hot drinks and lots of ais kosong


Kini, bukan Ramadhan saja yang ku tunggu. Aku turut menunggu Muharram, Rabiul Awal, Rejab dan Syaaban. Aku menunggu sesuatu yang bererti buat diri dan keluargaku.

18 comments:

dith said...

I love listening to your childhood stories. Most were interesting, funny and some even touching. :p. Importantly, you could vividly recall each episode with clarity. As for me, I can't recall most of my childhood phase. Guess my remote memory is bad.

Each time I hear this 'pukul' telur story, I would imagine each one of you sitting crossleged on the kitchen floor, (lined with tikar of course as arwah Mummy is very meticulous about cleanliness), each
with a mixing bowl and armed with a spring egg beater, making uniform 'springing' sounds of mixer hitting the porcelain bowls!

Namun kadang-kala terpaksa juga kuharungi kesesakan manusia untuk melepasi hajat anak isteriku.
<====lebihkurang macam merentas lautan api untuk memenuhi hajat anak bini!

Jamil said...

Was a bit confused trying to concentrate on your writings with all those pictures of food around.

Sekarang perut pun sudah berbunyi -_-"

mynn said...

ikelah
tulis entry ni tengah lapar ke? sebab your entry tulis pasal lain, your gambar cerita pasal makanan, makanan, makanan. LOL

dith --- feed him lots today;)

Ikelah said...

DITH
Sememangnya kami bersila di atas lantai. Pakar terakhir memukul adalah en. boogey. The last 3 kids pukul dengan pengisar letrik. Pada waktu itu kami pukul dengan spring atau penyenduk kayu. Sebab itu sehingga sekarang saya sangat suka menggunakan senduk kayu untuk memasak. Apabila adunan ditambah castor sugar bertambah berat dan lengohlah tangan sehingga ke bahu.

Saya sememangnya tidak tahan dengan Q yang panjang dan kesesakan lalulintas.

hiyoshi
DUgaan bermacam macam, ada dengan bau, ada dengan pendengaran dan di sini dengan penglihatan. Bersabar je lah. Anggaplah bunyi perut itu sebagai orkestra pra iftar.

mynn
Entry ini cuma mengenang my Ramadhan dan gambar lauk pauk ini apa yang kami makan dalam beberapa hari ini yang saya anggap sedap.

Ikan Temalian dimasak oleh bapa saya yang memang suka memasak. Beliau pernah menuntut di Kirkby, Bristol dan London. Beliau memasak sendiri, bekerja di pejabat pos, restoren di sana untuk mendapatkan duit lebih.

Ikan Temalian adalah sejenis ikan sungai dan saya memang sukakan lauk ikan sungai walaupun tulangnya banyak. Dalca itu adalah salah satu lauk kegemaran saya. Keli bakar dan kueh tako kegemaran isteri saya.

Kami berbuka di rumah bapa kami semalam dengan kari kambing sebagai hidangan utama. Bubur lambok, patin bakar, sambal ikan bilis petai, ayam goreng dan ulam menambahkan lagi selera kami.

dith said...

The last pic was added late thus my late comment.

I love that pic! Shows much joviality in the atmosphere. And knowing these characters I can imagine the shrills of laughter (courtesy of Pang5) that fills the air.

Btw, if you havent noticed, this pic confirms a new theory: the older you are in age, the younger you look in photos!

People, you are welcome to vote for the most good-looking guy in this pic! hehe

Rozaini M R said...

Ya,kan?"Culture of gluttony" semakin menjadi-jadi dalam bulan Ramadhan.Ramai orang makan lebih sedap dan lebih banyak dalam bulan Ramadhan.Rasanya, roh ramadhan tu belum wujud sebaiknya.

dith: yr suggestion of voting...it'll be fair if ikelah is not in the race. :-]

Anonymous said...

huh. i looked at the last picture, and i see myself in the future among the lads.
ngeri pun ada, considering which place will i be sitting....

Anonymous said...

huh. i looked at the last picture, and i see myself in the future among the lads.
ngeri pun ada, considering which place will i be sitting....

Anonymous said...

Halda,

(Whoever you are)

Saya yang baca comment awak tu dan tak paham ujung pangkal, lebih lah teramat ngeri nya!!!

Ikelah said...

thanks guys.... the last picture was at supper. it had been a while we last sat, eat and chat. 2 of them are working in KL, 1 at Paka and another 2 in Kuantan.

There is nothing to vote for as each of us have our plus and minus which the viewers do not know. ;)

Anonymous said...

thanks for uploading that last picture dith, lama dah tak tengok my good friend o-k.

Ikelah said...

isk, sayalah yang upload, bukan dith.

Anonymous said...

tako tu sama dengan puteri sebilik ke?

itu hari makan badak berendam. baru tahu dia ada nama lain jugak. apa dia dah tak ingat pulak...

kuih limas pulak nama lain dia tepung pelita.

Ikelah said...

tako macam tepung pelita tetapi adunannya tak sama. rupa, bentuk dan warna sama. tako ada lokal dan ada siam. tako siam diletak water chestnut dan sedap lagi.

Boogey said...

Yes, the mapley escapade was good. The Ais kosong there was better than the teh tarik. The keropok sedap tapi cecahnya cair berdener.
Rasanya first time kawe jumpa OK. We rode the Vios with "high beam" lights on cause all the heacvyweight duduk seat belakang.

Anonymous said...

whoops due to this:
---
dith said...

The last pic was added late thus my late comment.
---

i thought dith yang update that picture:) very nice get-together though.

Anonymous said...

kitorang pun kena kerah pakai tangan la.. bila all 3 of us masuk boarding school baru kenwood mixer tu dibeli.. tu pun bila cuti skolah kenwood tu akan disimpan balik dlm stor buat hiasan

Anonymous said...

With all the pictures and stories...bole masuk jalan jalan cari makan.